Jumaat, 8 Februari 2008

UTeM TUAN RUMAH MESYUARAT GAKUM

Petikan Utusan Malaysia
12/2/2008

MELAKA 11 Feb. - Kesatuan Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (KEKUTeM) Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) akan menganjurkan Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM).
Mesyuarat kali ke-26 itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Kampus Industri Ayer Keroh di sini dan akan dirasmikan oleh Naib Canselor UTeM, Datuk Profesor Ir. Ismail Hassan.
Menurut Presiden KEKUTeM, Abdul Jamal Nasir, seramai 100 orang wakil-wakil kesatuan dari seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara akan hadir pada mesyuarat selama tiga hari itu.
''UTeM telah dipilih menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini yang mana ia akan dianjurkan secara bergilir oleh setiap IPTA.
''Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman juga akan hadir pada Rabu ini untuk memberi taklimat tentang isu-isu semasa dalam mesyuarat ini," katanya dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Abdul Jamal, Omar yang juga merupakan Presiden GAKUM akan mengadakan dialog bersama staf UTeM pada hari dan tempat yang sama.
''Delegasi mesyuarat seterusnya akan dibawa ke kampus induk UTeM di Durian Tunggal, Melaka dan akan ke Restoran Ikan Bakar Umbai untuk menikmati makan malam di sana," tambahnya.

Tiada ulasan: