Isnin, 27 Disember 2010

CALON DARI GAKUM YANG MENANG BERTANDING DALAM PEMILIHAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS KE-25 SESI 2010-2013

Media Gakum
25/12/2010



TAHNIAH CALON DARI GAKUM YANG MENANG BERTANDING DI
KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS KE-25 SESI 2010-2013





PRESIDEN
Tuan Haji Omar bin Haji Osman



TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG III
Sdra. Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin




TIMBALAN SETIAUSAHA KEWANGAN
Sdra. Mohd Razali bin Singah



NAIB PENGERUSI SAINS, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Sdra. Zulkifli bin Mohamad




PENOLONG SETIAUSAHA GRED KEJURUTERAAN
Sdra. Razak bin Darus



PENOLONG SETIAUSAHA KEWANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sdra. Mohd Arpandi bin Said




Selasa, 21 Disember 2010

PM UMUM GERAN 3 JUTA UNTUK CUEPACS

Utusan Malaysia
21/12/2010



KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan pemberian geran RM3 juta kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada tahun depan.
Perdana Menteri berkata, RM2 juta daripada geran itu adalah untuk belanja pengurusan manakala bakinya adalah untuk menaik taraf ibu pejabat kesatuan itu. - Utusan



Khamis, 18 November 2010

AB RAHIM MD NOR DILANTIK KSU KPT

Berita Harian
18/11/2010




KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan, Pengurusan dan Transformasi), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Ab Rahim Md Noor, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi yang baru mulai 25 November ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam satu kenyataan di sini hari ini mengumumkan pelantikan Ab Rahim itu bagi menggantikan Tan Sri Dr Zulkefli A Hassan yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi pada 24 November ini.
Ab Rahim, 53, berkelulusan Sarjana Sains Polisi dari Universiti Saitama, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984 dan antara lain pernah menjadi Pengarah Unit ISO9000 MAMPU; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Putrajaya.

Mohd Sidek turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Zulkefli atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada Perkhidmatan Awam dan negara selama 36 tahun, terutama sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. - BERNAMA

PELUANG KENAIKAN PANGKAT KURANG

Berita Harian
17/11/2010



SUKA saya mengulas cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan pendidikan sepanjang hayat ke atas seluruh warga. Dengan cara ini, keperluan guna tenaga manusia akan menjadi lebih baik, berkualiti selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi sesuai dengan keputusan peperiksaan atau sijil kelayakan profesional.

Pun begitu, di manakah pula peluang kepada mereka yang menyambung pengajian ini pada akhirnya? Suka saya memaklumkan bahawa saya antara sebahagian daripada kakitangan yang sudah berkhidmat atau bekerja dan menyambung pengajian secara separuh masa untuk meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan saya sebelum ini.
Dengan mengambil kursus separuh masa, pelbagai dugaan dan pengorbanan terpaksa dibuat demi menggenggam sijil yang lebih tinggi bahkan yang terbaik dalam disiplin ilmu.
Tetapi sehingga kini, peluang kenaikan pangkat, atau setidak-tidaknya untuk mencari pekerjaan yang baru dan mempunyai gaji serta peluang yang lebih baik tidak semudah kata-kata.

Ada di kalangan kami tidak dapat meningkatkan kerjaya hanya kerana syarikat tidak mampu membayar gaji yang tinggi atau berbaloi kerana mempunyai pengalaman kerja dan sijil yang telah dipertingkatkan.

Mereka lebih rela mengambil graduan muda dan boleh membayar gaji yang lebih rendah yang boleh didapati dengan mudah di pasaran kerja.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak ramai graduan menganggur di pasaran kerja. Kenyataan daripada seorang Timbalan Menteri itu dilihat amat umum serta tidak menyeluruh.
Bagi graduan ini, asalkan dapat bekerja dan membayar bil serta pinjaman pendidikan sudah cukup berbanding kelulusan dan sijil yang mereka genggam.

Bukan semua tenaga kerja peringkat rendah itu lepasan SPM, malah ada yang mempunyai diploma bahkan ijazah sekalipun demi meneruskan peningkatan hidup yang kian mendesak ini.

Oleh itu, kajian, cadangan dan pelan penambahbaikan perlulah dibuat dan dirancang dengan baik dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan agar semua usaha murni ini pada akhirnya melahirkan satu masyarakat maju dan berpendapatan tinggi sesuai dengan hasrat dan aspirasi kerajaan.

Kajian lapangan serta pelan menyeluruh perlulah disediakan dan dibuat dengan lebih mendalam sebelum berhujah dengan begitu retorik hendaklah difikirkan terlebih dulu.

FAIZAL MUHD FAXEL WEL,
Petaling Jaya.


Rabu, 17 November 2010

MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) BIL.30

Media GAKUM




Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) seperti berikut:

Tarikh: 29-30 November 2010
Tempat: Hotel Tabung Haji Bayan Lepas

Isnin, 13 September 2010

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA GAKUM DI UNIVERSITI MALAYA

Media Gakum
14/9/2010


(Pindaan Tarikh)
Majlis jamuan Hari Raya GAKUM akan diadakan pada:

Tarikh : 4 Oktober 2010
Hari: Isnin
Masa : 10.45am
Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pakaian : Baju Kebangsaan (Lelaki)
Baju Kurung/Kebaya (wanita)

Bayaran: RM 100.00 (20 orang)
Bayaran di buat kepada: "Bendahari KKAUM"
Sila maklumka kehadiran sebelum 20 September 2010.

Jumaat, 2 Julai 2010

SEMINAR AUKU DAN MESYUARAT GAKUM

Media Gakum
2/7/2010



Seminar Auku dan Mesyuarat GAKUM akan diadakan

Tarikh: 25-26 Julai 2010

Tempat : D' Seri Costa Rica Bandar Hilir Melaka

Isnin, 17 Mei 2010

TUKAR STATUS 95,000 KAKITANGAN

Harian Metro
15/5/2010


SERDANG: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu gelaran status Kumpulan Sokongan bagi penjawat awam ditukar kepada Kumpulan Pegawai Pelaksana supaya dapat membentuk budaya kerja lebih kreatif dan cemerlang.
Presidennya, Omar Osman berkata, tuntutan pihaknya itu selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) kerajaan dalam usaha memantapkan sektor perkhidmatan awam di negara ini.
Menurutnya, pada masa ini ada 95,000 penjawat awam daripada Kumpulan Sokongan membabitkan pelbagai tahap dan kelayakan.
“Kami hendak status gelaran Kumpulan Sokongan ditukar kerana Gred 1 hingga 40 dalam kumpulan ini mempunyai diploma ke bawah. Peringkat diploma ini kita tak boleh panggil kumpulan sokongan. “Kalau meletakkan seseorang itu kumpulan sokongan jadi pemikiran pekerja ini menganggap seolah-olah ada kerja buat, tak ada kerja tak buat, suruh buat, tak suruh tak buat. Jadi masih perlu diarah.
“Justeru, kami dalam perhimpunan Cuepacs (baru-baru ini) kami bersetuju hendak minta ditukar kepada Kumpulan Pegawai Pelaksana. Apabila pegawai pelaksana, diberi arahan kena laksana sampai selesai, tak ada lagi timbul sokongan,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.
Majlis perasmian sambutan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abdul Rahman, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Dr Zainai Mohamed dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Aziz Deraman.
Sambutan yang julung kali diadakan Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (Gakum) itu bertujuan meraikan kakitangan dan ahli persatuan sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu.
Omar yang juga Pengerusi Gakum, berkata perhimpunan terbabit penting kerana sejumlah 45,000 kakitangan awam dari Kumpulan Sokongan berada di IPTA. Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap perhimpunan akan datang turut mendapat bantuan daripada pihak kementerian supaya sambutannya lebih gemilang.
“Kami berharap semua pengurusan universiti menyokong aktiviti ini. Ini kerana ia selaras dengan pemikiran kreatif dan inovatif, malah kami tidak lari daripada konsep itu,” katanya. Beliau berkata, dalam menuju ke arah konsep itu, sekali gus mempertingkatkan kemahiran penjawat awam di IPTA, pihaknya berharap semua bahagian latihan universiti dapat memantapkan aspek latihan.
“Malah, semua penjawat perlu diberikan pemahaman lanjut kerana universiti adalah berlainan sedikit berbanding agensi lain,” katanya. Katanya, ketika ini sebanyak 16 IPTA mempunyai kesatuan dan bernaung di bawah Gakum, manakala empat universiti lagi belum berbuat demikian.
“Kita minta jasa baik pihak pengurusan supaya dapat membantu dalam hal ini untuk menubuhkan kesatuan,” katanya

Ahad, 2 Mei 2010

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA WARGA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Media Gakum
3/5/2010



Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehirmat/ Kesastuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Hari Pekerja Warga Universiti Awam Malaysia;
Tarikh : 13 Mei 2010
Hari : Khamis
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Pusat Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM
Dirasmikan : Y.Bhg. Dato' Seri Mohammed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Tema: Transformasi Universiti Awam Pemangkin Pembangunan Negara

Khamis, 18 Februari 2010

MAKLUM BALAS AKHBAR : " SYOR PENJAWAT AWAM DIBERI ELAUN KHAS IKUT PENCAPAIAN AKADEMIK

JPA
18/2/2010




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat Lulusan Terpinggir dalam akhbar Berita Harian bertarikh 9 Februari 2010 bertajuk “Syor Penjawat Awam Diberi Elaun Khas Ikut Pencapaian Akademik”.
Seseorang pegawai yang dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam diwajibkan memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan termasuklah dari segi kelayakan masuk dan latihan yang diperlukan. Prinsip kelayakan masuk dan latihan bermaksud seseorang calon itu perlu memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja dalam sektor awam. Pegawai berkenaan akan dibayar saraan yang telah ditetapkan untuk kerja tersebut. Dalam keadaan di mana sesuatu jenis kelayakan dan latihan itu relevan dan diperlukan bagi sesuatu jenis kerja, pegawai tersebut boleh diberi saraan yang bersesuaian dengan kelayakan dan latihan yang dimilikinya.
Pemberian sesuatu elaun bertujuan menyediakan ganjaran yang setim
pal dengan tugas yang dijalankan oleh seseorang pegawai. Pemberian elaun juga disandarkan kepada kriteria pemberian elaun yang ditetapkan seperti bayaran balik perbelanjaan, tanggungjawab tambahan, risiko, kesusahan dan galakan. Selain daripada itu, prinsip pemberian elaun membolehkan hanya kumpulan atau perkhidmatan atau keadaan tertentu sahaja diberikan elaun.
Pegawai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atas pembiayaan sendiri merupakan suatu usaha yang mulia. Seperti yang disebut di atas, apa-apa perberian saraan tambahan mestilah dikaitkan dengan relevannya ilmu tambahan kepada tugas yang dijalankan.
Unit Komunikasi KorporatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia17 Februari 2010

Jumaat, 22 Januari 2010

CUEPACS NAFI COLA DITARIK BALIK

Utusan Malaysia
21/1/2010




KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.
Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.
''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.
Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.
Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.

Rabu, 20 Januari 2010

MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) KE-28 BIL 1/2010

Media GAKUM




Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) seperti berikut:

Tarikh: 20-22 Januari 2010
Tempat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Batu pahat, Johor Baru,
Johor darul Takzim