Selasa, 24 Februari 2009

Majlis Perasmian Mesyuarat GAKUM

Media Gakum
24/2/2009


Majlis perasmian mesyuarat GAKUM di EDC Hotel UUM telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turus hadir Timbalan Naib Canselor UUM. Majlis dihadiri seramai 100 orang termasuk presiden, setiausaha dan wakil-wakil kesatuan gabungan. Dalam ucapan Setiausaha GAKUM Sdr. Ku Azmi Ku Ibrahim memaklumkan supaya kadar untuk menghadiri seminar haruslah melebihi seribu ringgit.
Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS memaklumkan UIA telah menghantar memorandam untuk kakitangan sokongan dan akedemik mendapat diserapkan ke skim tetap dan berpencen.
Yb Datuk telah bersetuju cadangan yang telah diajukan dalam ucapan Presiden CUEPACS . Yb juga memaklumkan bahawa Kesatuan memainkan peranan dalam organisasi. Dengan adanya
Kesatuan banyak kebajikan pekerja dapat diselesaikan dan dikemukan.

MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) KALI KE 27 BIL 1/2009


Media GAKUM
28/1/2009



Mesyuarat GAKUM yang ke-27 akan diadakan di Universiti Utara Malaysia.


Tarikh : 23 - 25 Februari 2009 (Isnin - Rabu)

Tempat : Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok, Kedah

Ahad, 8 Februari 2009

UUM JADI UNIVERSITI TERBAIK DARI SEGI KEMAMPUAN MEMBIAYA DIRI SENDIRI

DARIPADA:
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3013/3014/3066/4078
FAKS : 04-928 3016
E-MEL :
prouum@uum.edu.my



3 FEBRUARI 2009/ 7 SAFAR 1430H
UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(
FIRST CHOICE UNIVERSITY)


PROUUM ONLINE:
Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi universiti terbaik dari segi kemampuan membiayai diri sendiri dari segi belanja mengurus berbanding dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Dr Zulkefli A. Hassan berkata, kementerian meletakkan sasaran 30 peratus perbelanjaan mengurus dijana sendiri oleh universiti, manakala 70 peratus dibiayai kerajaan pusat.
”Sehingga kini UUM adalah universiti yang mencatatkan kedudukan tertinggi dan terbaik dalam urusan pembiayaan perbelanjaan mengurusnya sendiri iaitu mencapai tahap 25 peratus daripada 30 peratus yang ditetapkan kerajaan.
”Berbanding dengan universiti lain yang kebanyakannya baru mencapai 12 peratus,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama kira-kira 2,000 kakitangan UUM di Dataran Perdana, kampus Sintok, pagi tadi.
Hadir sama di majlis tersebut Naib Canselor, Tan Sri Dr Nordin Kardi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Prof Dr Razak Chik dan Ahli-ahli Majlis Eksekutif Universiti.
Dr Zulkefli mengajak kakitangan UUM untuk bersedia bekerja lebih kuat bagi menjadikan universiti ini mampu berdiri dan membiayai sendiri universiti ini.
Beliau juga berkata kerajaan membelanjakan lebih 12 bilion untuk 20 IPTA di mana 4 bilion untuk pembangunan dan tujuh atau lapan bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan atau belanja mengurus.
Pada tahun-tahun akan datang, katanya, kerajaan semakin mengurangkan peruntukan kepada IPTA untuk perbelanjaan pembangunan atau belanja mengurus.
Katanya, dari segi polisi, perbelanjaan sebanyak 70 peratus adalah daripada kerajaan dan 30 peratus lagi daripada universiti termasuklah yuran serta caj yang dikenakan kepada pelajar dan lain-lain.
”Tetapi kita melihat kadar efektif universiti secara puratanya adalah 12 peratus di mana kerajaan terpaksa memperuntukkan sebanyak 88 peratus,” kata beliau lagi.
Datuk Dr Zulkefli berkata, dalam soal ini KPT juga banyak membantu kepada kejayaan UUM antaranya dengan berurusan dengan anak syarikatnya SerindIT.Com dari sudut teknologi maklumat di samping kajian-kajian bersama antara UUM dan KPT.
Dr Zulkefli kagum dengan langkah agresif UUM meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa di UUM.
Dalam buku Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia tahun 2007, mendapati enrolmen pelajar antarabangsa UUM hanya 225 pada tahun 2002, meningkat kepada 627 pada 2005, dan melonjak kepada 2,178 orang pada tahun 2007.
UUM juga sudah berjaya mencapai tahap kuota lima peratus pelajar antarabangsa di peringkat sarjana muda.
“Kementerian meletakkan dasar lima peratus pelajar antarabangsa di peringkat Sarjana Muda dan sehingga 20 peratus pada peringkat pasca sarjana. Ini kerana untuk memberi peluang lebih luas kepada pelajar tempatan di peringkat sarjana muda mengisi tempat di IPTA,” ujarnya lagi.
Kunjungan beliau ke UUM adalah bersempena dengan Mesyuarat Khas Pemantauan Projek KPT bersama Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bilangan 1/2009 yang berlangsung di EDC-UUM.
Bersempena mesyuarat ini juga, beliau bersama delegasi KPT membuat lawatan ke beberapa tapak projek baru pembangunan yang bernilai RM228,565,000 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Antara projek yang telah diluluskan oleh KPT ialah bangunan perpustakaan tambahan bernilai RM27.00 juta, tiga blok bangunan akademik tambahan bernilai RM70.00 juta, Dewan Kuliah Gugusan 6 (RM20.00 juta), Pusat Islam (RM6.00 juta), Bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat Kegiatan Pelajar (RM15.36 juta).
Projek lain ialah Bangunan Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) bernilai RM10.00 juta Pusat Kesihatan Pelajar (RM5.00 juta) dan dua medan selera (RM2.005 juta).
Habis.

Selasa, 3 Februari 2009

MAJLIS BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

Media Cuepacs
4/2/2009



Majlis bersama Presiden CUEPACS Tuan Hj. Omar Osman akan diadakan pada 13 Februari 2009 (Jumaat) jam 3.00 petang bertempat di Panggung Seni DECTAR, UKM. Untuk maklumat lanjut sila klik sini