Selasa, 27 Oktober 2009

IPTA PERLU JELASKAN PERANAN KAKITANGAN DALAM PSPTN SEGERA

Utusan Malaysia
27/10/2009




KUALA LUMPUR 26 Okt. - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu memastikan kakitangan sokongan memahami peranan mereka dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi memperkukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.
Ini kerana sejak pelaksanaan PSPTN pada 2007, terdapat ramai lagi kakitangan sokongan di IPTA yang tidak mengetahui atau faham mengenai peranan masing- masing dalam dasar itu.
Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Madya Dr. Zarida Hambali (gambar) berkata, kegagalan tersebut boleh menjejaskan matlamat untuk melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti.
''Pada Disember ini, kakitangan jabatan serta Kementerian Pengajian Tinggi akan melawat ke semua IPTA bagi membuat audit mengenai PSPTN.
''Tetapi, saya juga suka mengingatkan kakitangan sokongan di IPTA supaya 'mencari' sendiri peranan masing-masing dalam PSPTN," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan anjuran Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (Gakum) di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya Zarida menjelaskan, dasar PSPTN kini berada dalam peringkat pertama iaitu Fasa Peletakan Asas sehingga 2010.
Katanya, dasar yang dirangka sehingga 2010 itu bertujuan mempertingkatkan tahap pendidikan tinggi di negara ini supaya selari dengan negara maju.
''Justeru, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya kakitangan sokongan di IPTA gagal memahami fungsi masing-masing walaupun fasa peletakan asas PSPTN ini hampir berakhir," jelasnya.
Peringkat-peringkat lain dalam PSPTN pula adalah Fasa 2-Peningkatan dan Pemerkasaan (2011-2015); Fasa 3-Kecemerlangan (2016-2020) dan Fasa 4-Kegemilangan dan Kelestarian (selepas 2020).

Isnin, 26 Oktober 2009

KERJASAMA KOLEKTIF PERKASAKAN IPT

Utusan Malaysia
Oleh MOHD. KHUZAIRI
ISMAILrencana@utusan.com.my
26/10/2009




UMUMNYA dalam memperkatakan tentang kualiti sesebuah universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT), kita sering terikat dengan penarafan yang dibuat oleh Times Higher Education Supplement (THES-QS).
Mengambil contoh kedudukan Universiti Malaya (UM), universiti tertua negara itu misalnya kini berada di kedudukan 180 terbaik di dunia dan 38 terbaik di Asia.
Bagaimanapun skop penarafan itu sebenarnya lebih menjurus kepada penilaian terhadap tenaga akademik antaranya jumlah karya ilmiah yang dihasilkan dan diterbitkan di jurnal-jurnal antarabangsa.
Hakikatnya, keunggulan sesebuah IPT juga banyak bergantung kepada kekuatan tenaga pentadbir dan kakitangan sokongan. Kedua-dua kumpulan ini menjadi tulang belakang utama kepada sesebuah IPT menerusi peranan mereka dari sudut kepimpinan, tadbir urus dan pengurusan yang berwawasan serta berkesan.
Justeru, selain daripada tenaga akademik, kumpulan pentadbir dan kakitangan sokongan ini juga perlu diberikan penekanan dalam pembangunan modal insan dengan minda kelas pertama.
Perkara ini juga selaras dengan pelan strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah menggariskan lima teras yang memberi fokus kepada urus tadbir, kepimpinan, ahli akademi, pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dan pembangunan.
Penekanan ke arah itu juga membawa kepada berlangsungnya Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan bertemakan Transformasi Kepimpinan Menjulang Kualiti Pengajian Tinggi di ibu negara, bermula semalam hingga esok.
Persidangan yang julung-julung kali diadakan itu merupakan anjuran Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/ IPTA Malaysia (GAKUM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan KPT.
Ia disertai oleh kakitangan penjawat awam dan kakitangan IPT khususnya di peringkat pengurusan dan profesional serta kakitangan sokongan I dan II. Persidangan ini lebih kepada sesi pembentangan dan membahaskan kertas kerja dalam bidang kepimpinan, tadbir urus, modal insan, sosioekonomi, nilai-nilai murni, pengurusan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia.
Pada akhirnya, persidangan ini diharapkan dapat memantapkan tadbir urus dalam pengurusan dan penyampaian agar melahirkan kakitangan yang berintegriti. Ia juga mempunyai objektif untuk melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti, holistik dalam pembangunan pengetahuan, berkemahiran, intelektual, berdaya saing dan kreatif serta inovatif.
Bagi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semua kumpulan kakitangan perlu memainkan peranan selaras dengan bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha memperkasakan universiti.
Dalam era globalisasi ini juga katanya, IPT yang cemerlang boleh dikenal pasti melalui kepimpinan yang berwibawa, penjanaan budaya kreatif manakala ahli akademiknya disanjung seluruh dunia.
IPT yang cemerlang jua kerap diminta membantu dan menjadi bahan rujukan kepada pemimpin negara, pihak industri dan para intelek dunia. Justeru tambah beliau, insentif yang menarik, perundangan dasar dan tadbir urus terbaik perlu diwujudkan sebagai landasan mencapai kecemerlangan.
"Kita perlu memiliki kemahiran yang bersesuaian bagi menghadapi cabaran semasa. Tenaga kerja yang relevan adalah satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi oleh perkhidmatan awam masa kini. Hanya dengan mengekalkan relevan ini, maka barulah dapat kita mengekalkan monopoli kita sebagai penggubal dasar, penasihat dan pelaksana dasar-dasar kerajaan dalam aspek sosial, ekonomi dan keselamatan," katanya.
Menurut Mohamed Khaled, cabaran besar warga IPT hari ini adalah untuk menukarkan cara bekerja daripada menjalankan tugas-tugas rutin kepada peranan yang lebih besar. Antaranya sebagai pekerja berilmu yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru serta mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku.
Pekerja berilmu juga berani membuat pertimbangan dan keputusan serta sanggup menghadapi risiko. Pada masa depan pula ujar beliau, IPT berdepan dengan cabaran mengekalkan tadbir urus yang baik dalam suasana yang berubah-ubah di samping menghadapi persaingan terutamanya di peringkat antarabangsa.
Selain itu, cabaran dan ancaman globalisasi ketika ini juga kian menjadi nyata. Justeru, daya saing negara perlu dipertingkatkan melalui usaha-usaha meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang merupakan ciri-ciri utama bagi tadbir urus yang baik.
Kepimpinan transformasi katanya, merupakan satu bentuk kepimpinan yang didakwa dapat meningkatkan prestasi pekerja. Kepimpinan itu bertujuan untuk mengubah, mencipta wawasan dan membimbing pekerja kepada perubahan. Kepimpinan transformasi memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja yang akhirnya membawa kepada peningkatan prestasi pekerja.
Justeru ujar beliau, persidangan itu adalah medan yang sesuai untuk setiap kumpulan perjawatan di IPT mentransformasikan kepemimpinan dalam diri masing-masing agar mencapai budaya kerja cemerlang bagi menjulang kualiti pengajian tinggi. Dialog berterusan dengan pihak berkepentingan khususnya pihak majikan perlu bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan kondusif serta menambah baik sistem penyampaian.
"Komunikasi dua hala yang menekankan kepada nilai murni seperti amanah, benar, adil, telus dan bersyukur juga perlu dijadikan nilai induk kepada semua warga IPT," ujar beliau.
Dalam memantapkan kepimpinan kumpulan sokongan, pengurusan profesional, akademik dan pengurusan tertinggi juga tambah Khaled Nordin, IPT perlu membudayakan sifat profesionalisme serta intelektualisme di kalangan warganya dan menangani kerenah birokrasi dalaman.
Prosedur yang tidak relevan yang boleh menjejaskan prestasi perlu disemak semula. Ia bagi memastikan kualiti IPT tempatan setanding dengan universiti terbaik di dunia dengan membangunkan kurikulum yang relevan, mempergiatkan aktiviti penyelidikan serta mendapat perkhidmatan daripada ahli akademik yang cemerlang.

Ahad, 16 Ogos 2009

MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) KALI KE 28 BIL 2/2009

Media Gakum



Mesyuarat GAKUM yang ke-28 akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Tarikh : 20 Ogos 2009

Hari : Khamis

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Majlis, Aras 5 Bangunan Canselori, UKM

Pengerusi : Tuan Hj. Omar Osman

MESYUARAT PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN KEPIMPINAN BIL.4/2009

Media Gakum



Mesyuarat Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan Bil. 4/2009 akan diadakan pada:


Tarikh : 20 Ogos 2009

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Senat, Aras 5 Bangunan Canselori, UKM

Pengerusi : YM Ku Azmi Ku Ibrahim

Selasa, 11 Ogos 2009

MESYUARAT GAKUM KALI KE-28 BIL 2/2009

Media Gakum


Mesyuarat GAKUM kali Ke-28 akan diadakan pada

Tarikh: : 16 hingga 18 Ogos 2009

Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Bayaran : RM 280.00 seorang peserta

MESYUARAT PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN KEPIMPINAN BIL. 4/2009

Media Gakum


Mesyuarat Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan Bil. 4/2009 akan diadakan pada:


Tarikh : 12 Ogos 2009

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Paras 5
Bangunan Canselori UKM

Pengerusi : Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Hj. Zainuddin
Pengarah AKEPT

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN KEPIMPINAN BIL. 3/2009

Media Gakum



Mesyuarat Persidangna Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan Bil. 3/2009 akan diadakan pada:

Tarikh : 12 Ogos 2009 (Rabu)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Canselori Paras 6
Bangunan Canselori UKM

Pengerusi : YM Ku Azmi Ku Ibrahim

Ahad, 19 Julai 2009

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN KEPIMPINAN GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI/IPTA MALAYSIA (GAKUM)

Media Gakum


Gabungan majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti / IPTA Malaysia (GAKUM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan mengadakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan

Tarikh : 25 - 27 Oktober 2009
Tempat : Grand Season Hotel, Kuala Lumpur

Ahad, 21 Jun 2009

PERJUMPAAN GAKUM BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI IPTA

Media Gakum
21/6/2009




Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengajian Tinggi IPTA Datuk Sri Mohamed Nordin pada 22 Jun 2009 jam 2.30 petang di Bangunan Parlimen. Semua Presiden Setiausaha Kesatuan-kesatuan IPTA akan hadir.

Rabu, 3 Jun 2009

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN & KEPIMPINAN

Media Gakum
3/6/2009



Gabungan Majlis Presiden & Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/ IPTA Malaysia (GAKUM) akan mengadakan bengkel pada:

Tarikh : 19 - 21 Jun 2009

Tempat : Hotel Eagle Bay, Langkawi, Kedah.

Yuran : RM 250.00

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

YM Ku Azmi bin Ku Ibrahim h/p: 013-4394154

Khamis, 2 April 2009

MESYUARAT KHAS GAKUM

Media Gakum
3/4/2009


Mesyuarat Khas Gabungan Majlis dan Setiusaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) Bil. 1/2009.

Tarikh : 25 - 27 April 2009 (Sabtu - Isnin)

Tempat : Naza Hotel, Batu Ferenggi , Pulau Pinang.

Ahad, 22 Mac 2009

LAWATAN KESKA KE UMS SABAH

Media GAKUM
23/3/2009




LAWATAN KESKA KE UMS SABAH

Seramai 22 orang ahli Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia ( KESKA) telah membuat lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah (UMS ) pada 10hb hingga 14hb Mac 2009.

Rombongan yang diketuai oleh Presiden KESKA Y.M Tuan Haji Ku Azmi Ku Ibrahim telah membuat kunjungan hormat kepad Y.Bhg. Datuk Naib Canselor, PendaftarUMS dan Exco KEKAUMAS di Kampus Utama pada 11hb Mac 2009.

Dalam ucapan aluan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Awang Suhaizam Bungsu yang mewakili Y.Bhg. Datuk Naib Canselor UMS dan Pendaftar UMS berkata hubungan diantara UMS dengan UUM memang sudah lama terjalin terutama dalam semua urusan Universiti dan termasuklah hubungan diantara dua Kesatuan iaitu KEKAUMAS UMS dan KESKA UUM telahpun diwujudkan beberapa tahun lalu.Encik Awang berkata, pihak UMS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada KESKA kerana memilih Universiti ini sebagai distinasi utama lawatan sambil belajar.

Terdahulu dari itu,Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah bin Haji Musnih mengalu-alukan kedatangan rombongan KESKA UUM ke UMS dan beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kunjungan berkenaan sebagai balasan lawatan KEKAUMAS ke UUM beberapa tauh lalu.

Dalam ucapan balas yang disampaikan oleh Presiden KESKA UUM Y.M Tuan Haji Ku Azmi Ku Ibrahim berkata beliau amat bersyukur kepada illahi kerana perancangan yang telah dibuat enam bulan sebelum lawatan berkenaan telah tercapai dengan tiada masalah yang berlaku. Katanya KESKA mengucapkan terima kasih kepada pihak Pengurusan Universiti Malaysia Sabah sdan KEKAUMAS kerana sudi menerima rombongan kami ke UMS.

Kunjungan pertama ke UMS ialah lawatan sambil belajar ke Perpustakaan UMS dan pada hari berikutnya rombongan KESKA UUM telah bertolak ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Rombongan ini juga telah berkesempatan melawat Kaki Gunung Kinabalu,Kundasang dan Hot Spring sebelum membuat lawatan terakhir ke bangunan Menara Tun Mustapha ( Bangunan Yayasan Sabah) sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur.



Rombongan KESKA UUM bergambar bersama Penolong Pendaftar Kanan Encik Awang Suhaizam Bungsu dan Exco KEKAUMAS di UMS KK.

Gambar ramai di pecan Nabalu.Di belakang adalah sedikit kaki Gunung Kinabalu.


Sumbangan Ehsan dari Presiden KEKAUMAS

Rabu, 11 Mac 2009

Taklimat Isu Semasa Presiden CUEPACS di IIUM Kuantan Pahang

Media
Gakum
12/3/2009




Indera Mahkota: Kesatuan UIAM (KURNIA) telah mengadakan taklimat isu semasa dengan Presiden CUEPACS Tuan Haji Omar Osman. Turut hadir sama media cuepacs dan Ahli Majlis Jawatankuasa KURNIA bermula pukul 1 tengahari dan berakhir hingga pukul 2 petang.
Ucapan pertama dimulakan oleh Presiden Kurnia En. Muhammad Shahrir Bin Mohd. Shariff. Presiden KURNIA menyeru kepada kakitangan yang belum menjadi ahli mendaftar sekarang bagi memantapkan perjuangan KURNIA. Tujuan turun ke Kuantan IIUM Kuantan ini adalah untuk menerangkan perjuangan KURNIA mendapatkan semua kakitangan IIUM kepada status Tetap dan Berpencen didalam kerajaan. Ucapan Presiden CUEPACS memaklumkan 8 perkara yang telah diperjuangkan CUEPACS telah ditunaikan oleh Kerajaan. 8 perkara lagi masih dalam tuntutan yang tidak melibatkan kelulusan Parlimen.


Selasa, 24 Februari 2009

Majlis Perasmian Mesyuarat GAKUM

Media Gakum
24/2/2009


Majlis perasmian mesyuarat GAKUM di EDC Hotel UUM telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turus hadir Timbalan Naib Canselor UUM. Majlis dihadiri seramai 100 orang termasuk presiden, setiausaha dan wakil-wakil kesatuan gabungan. Dalam ucapan Setiausaha GAKUM Sdr. Ku Azmi Ku Ibrahim memaklumkan supaya kadar untuk menghadiri seminar haruslah melebihi seribu ringgit.
Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS memaklumkan UIA telah menghantar memorandam untuk kakitangan sokongan dan akedemik mendapat diserapkan ke skim tetap dan berpencen.
Yb Datuk telah bersetuju cadangan yang telah diajukan dalam ucapan Presiden CUEPACS . Yb juga memaklumkan bahawa Kesatuan memainkan peranan dalam organisasi. Dengan adanya
Kesatuan banyak kebajikan pekerja dapat diselesaikan dan dikemukan.

MESYUARAT GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (GAKUM) KALI KE 27 BIL 1/2009


Media GAKUM
28/1/2009



Mesyuarat GAKUM yang ke-27 akan diadakan di Universiti Utara Malaysia.


Tarikh : 23 - 25 Februari 2009 (Isnin - Rabu)

Tempat : Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok, Kedah

Ahad, 8 Februari 2009

UUM JADI UNIVERSITI TERBAIK DARI SEGI KEMAMPUAN MEMBIAYA DIRI SENDIRI

DARIPADA:
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3013/3014/3066/4078
FAKS : 04-928 3016
E-MEL :
prouum@uum.edu.my



3 FEBRUARI 2009/ 7 SAFAR 1430H
UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(
FIRST CHOICE UNIVERSITY)


PROUUM ONLINE:
Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi universiti terbaik dari segi kemampuan membiayai diri sendiri dari segi belanja mengurus berbanding dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Dr Zulkefli A. Hassan berkata, kementerian meletakkan sasaran 30 peratus perbelanjaan mengurus dijana sendiri oleh universiti, manakala 70 peratus dibiayai kerajaan pusat.
”Sehingga kini UUM adalah universiti yang mencatatkan kedudukan tertinggi dan terbaik dalam urusan pembiayaan perbelanjaan mengurusnya sendiri iaitu mencapai tahap 25 peratus daripada 30 peratus yang ditetapkan kerajaan.
”Berbanding dengan universiti lain yang kebanyakannya baru mencapai 12 peratus,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama kira-kira 2,000 kakitangan UUM di Dataran Perdana, kampus Sintok, pagi tadi.
Hadir sama di majlis tersebut Naib Canselor, Tan Sri Dr Nordin Kardi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Prof Dr Razak Chik dan Ahli-ahli Majlis Eksekutif Universiti.
Dr Zulkefli mengajak kakitangan UUM untuk bersedia bekerja lebih kuat bagi menjadikan universiti ini mampu berdiri dan membiayai sendiri universiti ini.
Beliau juga berkata kerajaan membelanjakan lebih 12 bilion untuk 20 IPTA di mana 4 bilion untuk pembangunan dan tujuh atau lapan bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan atau belanja mengurus.
Pada tahun-tahun akan datang, katanya, kerajaan semakin mengurangkan peruntukan kepada IPTA untuk perbelanjaan pembangunan atau belanja mengurus.
Katanya, dari segi polisi, perbelanjaan sebanyak 70 peratus adalah daripada kerajaan dan 30 peratus lagi daripada universiti termasuklah yuran serta caj yang dikenakan kepada pelajar dan lain-lain.
”Tetapi kita melihat kadar efektif universiti secara puratanya adalah 12 peratus di mana kerajaan terpaksa memperuntukkan sebanyak 88 peratus,” kata beliau lagi.
Datuk Dr Zulkefli berkata, dalam soal ini KPT juga banyak membantu kepada kejayaan UUM antaranya dengan berurusan dengan anak syarikatnya SerindIT.Com dari sudut teknologi maklumat di samping kajian-kajian bersama antara UUM dan KPT.
Dr Zulkefli kagum dengan langkah agresif UUM meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa di UUM.
Dalam buku Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia tahun 2007, mendapati enrolmen pelajar antarabangsa UUM hanya 225 pada tahun 2002, meningkat kepada 627 pada 2005, dan melonjak kepada 2,178 orang pada tahun 2007.
UUM juga sudah berjaya mencapai tahap kuota lima peratus pelajar antarabangsa di peringkat sarjana muda.
“Kementerian meletakkan dasar lima peratus pelajar antarabangsa di peringkat Sarjana Muda dan sehingga 20 peratus pada peringkat pasca sarjana. Ini kerana untuk memberi peluang lebih luas kepada pelajar tempatan di peringkat sarjana muda mengisi tempat di IPTA,” ujarnya lagi.
Kunjungan beliau ke UUM adalah bersempena dengan Mesyuarat Khas Pemantauan Projek KPT bersama Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bilangan 1/2009 yang berlangsung di EDC-UUM.
Bersempena mesyuarat ini juga, beliau bersama delegasi KPT membuat lawatan ke beberapa tapak projek baru pembangunan yang bernilai RM228,565,000 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Antara projek yang telah diluluskan oleh KPT ialah bangunan perpustakaan tambahan bernilai RM27.00 juta, tiga blok bangunan akademik tambahan bernilai RM70.00 juta, Dewan Kuliah Gugusan 6 (RM20.00 juta), Pusat Islam (RM6.00 juta), Bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat Kegiatan Pelajar (RM15.36 juta).
Projek lain ialah Bangunan Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) bernilai RM10.00 juta Pusat Kesihatan Pelajar (RM5.00 juta) dan dua medan selera (RM2.005 juta).
Habis.

Selasa, 3 Februari 2009

MAJLIS BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

Media Cuepacs
4/2/2009



Majlis bersama Presiden CUEPACS Tuan Hj. Omar Osman akan diadakan pada 13 Februari 2009 (Jumaat) jam 3.00 petang bertempat di Panggung Seni DECTAR, UKM. Untuk maklumat lanjut sila klik sini

Khamis, 22 Januari 2009

CASH DIMINTA PANTAU KENAIKAN HARGA BARANG

Media Gakum
22/1/2009


Sumbangan KKAUMAS