Ahad, 22 Mac 2009

LAWATAN KESKA KE UMS SABAH

Media GAKUM
23/3/2009




LAWATAN KESKA KE UMS SABAH

Seramai 22 orang ahli Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia ( KESKA) telah membuat lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah (UMS ) pada 10hb hingga 14hb Mac 2009.

Rombongan yang diketuai oleh Presiden KESKA Y.M Tuan Haji Ku Azmi Ku Ibrahim telah membuat kunjungan hormat kepad Y.Bhg. Datuk Naib Canselor, PendaftarUMS dan Exco KEKAUMAS di Kampus Utama pada 11hb Mac 2009.

Dalam ucapan aluan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Awang Suhaizam Bungsu yang mewakili Y.Bhg. Datuk Naib Canselor UMS dan Pendaftar UMS berkata hubungan diantara UMS dengan UUM memang sudah lama terjalin terutama dalam semua urusan Universiti dan termasuklah hubungan diantara dua Kesatuan iaitu KEKAUMAS UMS dan KESKA UUM telahpun diwujudkan beberapa tahun lalu.Encik Awang berkata, pihak UMS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada KESKA kerana memilih Universiti ini sebagai distinasi utama lawatan sambil belajar.

Terdahulu dari itu,Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah bin Haji Musnih mengalu-alukan kedatangan rombongan KESKA UUM ke UMS dan beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kunjungan berkenaan sebagai balasan lawatan KEKAUMAS ke UUM beberapa tauh lalu.

Dalam ucapan balas yang disampaikan oleh Presiden KESKA UUM Y.M Tuan Haji Ku Azmi Ku Ibrahim berkata beliau amat bersyukur kepada illahi kerana perancangan yang telah dibuat enam bulan sebelum lawatan berkenaan telah tercapai dengan tiada masalah yang berlaku. Katanya KESKA mengucapkan terima kasih kepada pihak Pengurusan Universiti Malaysia Sabah sdan KEKAUMAS kerana sudi menerima rombongan kami ke UMS.

Kunjungan pertama ke UMS ialah lawatan sambil belajar ke Perpustakaan UMS dan pada hari berikutnya rombongan KESKA UUM telah bertolak ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Rombongan ini juga telah berkesempatan melawat Kaki Gunung Kinabalu,Kundasang dan Hot Spring sebelum membuat lawatan terakhir ke bangunan Menara Tun Mustapha ( Bangunan Yayasan Sabah) sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur.



Rombongan KESKA UUM bergambar bersama Penolong Pendaftar Kanan Encik Awang Suhaizam Bungsu dan Exco KEKAUMAS di UMS KK.

Gambar ramai di pecan Nabalu.Di belakang adalah sedikit kaki Gunung Kinabalu.


Sumbangan Ehsan dari Presiden KEKAUMAS

Tiada ulasan: