Isnin, 10 November 2008

BERSAMA PRESIDEN CUEPACS TAKLIMAT ISU SEMASA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Amat JutraH Hj. Musnih
Presiden
KEKAUMAS UMS
KOTA KINABALU,
11/11/2008


Presiden CUEPACS merangkap Presiden Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti IPTA Malaysia (GAKUM) Tuan Haji Omar Osman akan membuat perjumpaan dan taklimat berhubung kakitangan dalam perkhidmatan awam serta isu semasa yang akan di adakan di Auditorium Perpustakaan,UMS pada 14 November (Jumaat) jam 2.30 petang.
Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah ( KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah Haji Musnih berkata perjumpaan berkenaan adalah bagi memaklumkan kepada semua kakitangan dalam sector awam berhubung tindakan-tindakan pihak kesatuan dalam memperbaiki,menghalusi dan merancana hala tuju kakitangan awam di semua peringkat samada di Universiti ataupun diperingkat sector awam yang lain.
Katanya lagi kakitangan dalam perkhidmatan awam yang tinggal berhampiran dengan UMS adalah dialu-alukan datang ke majlis berkenaan bagi mendengar sendiri akan isi yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Omar nanti.Turut hadir ialah Presiden Kasatuan Kakitangan Universiti Malaya Encik Husain Md.Yasin dan Presiden Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia, Y.Mulia Tuan Haji Ku.Azmi Ku Ibrahim.
Diantara perkara yang akan disentuh nanti adalah berhubung cadangan perlaksanaan elaun kolar untuk wilayah Sabah dan Sarawak,skim perkhidmatan Juruteknik,cadangan pengujudan skim Perkhidmatan Kakitangan Universiti,masalah kakitangan kontrak dan lain-lain perkembangan yang telah ,sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kesatuan.
Encik Amat Jutrah berharap kepada semua kakitangan Universiti tidak mengira pangkat jawatan dan jabatan yang lain seperti kakitangan Jabatan Persekutuan yang berhampiran dengan UMS,Kakitangan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM),Politeknik Kota Kinabalu,Intitut Kemahiran Mara Kota Kinabalu,Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan mana-mana kakitangan yang berminat adalah dialu-alukan hadir ke majlis berkenaan.
Mereka yang hadir adalah dialu-alukan untuk membuat pertanyaan kepada Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman.Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Encik Amat Jutrah haji Musnih ditalian Pej.320173 dan di HP 0138501372.

Tiada ulasan: