Sabtu, 30 Disember 2017

CUEPACS UCAP TERIMA KASIH TINDAKAN PANTAS KSN

Bernama
Tarikh kemaskini: 29/12/2017




KUCHING, 29 Dis (Bernama) -- CEUPACS hari ini melahirkan penghargaan atas keputusan pantas kerajaan membatalkan tuntutan penalti ke atas kira-kira 500 penjawat awam yang menduduki kuarters kerana dikatakan berpindah tempat kerja pada jarak luar daripada radius 25km dari kuarters.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa di Putrajaya pagi ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman, pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan juga Cuepacs.

Beliau berkata salah faham berlaku kerana status 'hilang kelayakan menduduki kuarters apabila pegawai berpindah tempat kerja luar dari radius 25km' sebenarnya hanya terpakai kepada mereka yang menggunakan kemudahan pinjaman perumahan, dan bukan untuk penghuni kuarters.

"Sehubungan itu juga, semua notis yang dikeluarkan sebelum ini bagi penjawat awam berkenaan mengosongkan kuarters mereka, kini ditarik balik, kerana mereka masih layak untuk menduduki kuarters berkenaan, katanya dalam satu persidangan media di pejabat Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) di Jalan Matang di sini petang ini.

Semalam, CEUPACS menerima aduan daripada kira-kira 500 penjawat awam mengenai masalah mereka yang dikenakan denda sehingga ada dikatakan antara RM20,000 dan RM140,000 oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri kerana berpindah atau bekerja luar dari radius 25km dari kuarters.....