Jumaat, 27 Jun 2014

LAWATAN KERJA GAKUM KE HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Gakum
15/6/2014

gakum1
15 Jun – Seramai 23 orang terdiri daripada Ahli Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia(GAKUM) telah membuat lawatan kerja ke Hospital Universiti Sains Malaysia. Peserta lawatan tiba di perkarangan Hospital USM pada pukul 9 pagi dan telah disambut oleh staf daripada Unit Perhubungan Awam dan Pendidikan Kesihatan dan Unit Hal Ehwal Agama Islam Hospital Universiti Sains Malaysia.
Antara yang hadir ialah Presiden GAKUM, Hj Zailani Razak, Setiausaha  merangkap Timbalan Setiausaha 2 Cuepacs, Ab. Rahman Nordin, serta setiausaha dan Exco-Exco Kanan Gabungan Kesatuan IPTA Malaysia.
gakum2
Sepanjang lawatan itu, para peserta telah dibawa melawat Makmal Pergigian dan mereka diberi pendedahan tentang program “Hospital Mesra Ibadah” di Auditorium Perubatan Nuklear. Para peserta seterusnya dibawa melawat ke wad 1 Timur Depan dan wad 1 Selatan. Hasil temuramah yang dibuat, para peserta meluahkan rasa puashati dan akan cuba melaksanakan program ini sekembalinya ke tempat bertugas masing-masing.
Roslida Mohamed