Gakum
15/6/2014
15/6/2014
15
Jun – Seramai 23 orang terdiri daripada Ahli Gabungan Majlis Presiden
Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia(GAKUM)
telah membuat lawatan kerja ke Hospital Universiti Sains Malaysia.
Peserta lawatan tiba di perkarangan Hospital USM pada pukul 9 pagi dan
telah disambut oleh staf daripada Unit Perhubungan Awam dan Pendidikan
Kesihatan dan Unit Hal Ehwal Agama Islam Hospital Universiti Sains
Malaysia.
Antara
yang hadir ialah Presiden GAKUM, Hj Zailani Razak, Setiausaha
merangkap Timbalan Setiausaha 2 Cuepacs, Ab. Rahman Nordin, serta
setiausaha dan Exco-Exco Kanan Gabungan Kesatuan IPTA Malaysia.
Sepanjang
lawatan itu, para peserta telah dibawa melawat Makmal Pergigian dan
mereka diberi pendedahan tentang program “Hospital Mesra Ibadah” di
Auditorium Perubatan Nuklear. Para peserta seterusnya dibawa melawat ke
wad 1 Timur Depan dan wad 1 Selatan. Hasil temuramah yang dibuat, para
peserta meluahkan rasa puashati dan akan cuba melaksanakan program ini
sekembalinya ke tempat bertugas masing-masing.
Roslida Mohamed