Media Gakum
24/2/2009
24/2/2009
Majlis perasmian mesyuarat GAKUM di EDC Hotel UUM telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turus hadir Timbalan Naib Canselor UUM. Majlis dihadiri seramai 100 orang termasuk presiden, setiausaha dan wakil-wakil kesatuan gabungan. Dalam ucapan Setiausaha GAKUM Sdr. Ku Azmi Ku Ibrahim memaklumkan supaya kadar untuk menghadiri seminar haruslah melebihi seribu ringgit. Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS memaklumkan UIA telah menghantar memorandam untuk kakitangan sokongan dan akedemik mendapat diserapkan ke skim tetap dan berpencen.
Yb Datuk telah bersetuju cadangan yang telah diajukan dalam ucapan Presiden CUEPACS . Yb juga memaklumkan bahawa Kesatuan memainkan peranan dalam organisasi. Dengan adanya Kesatuan banyak kebajikan pekerja dapat diselesaikan dan dikemukan.