Khamis, 9 Mei 2019

GAKUM jalin kerjasama dengan MyCuepacsCare, tingkatkan penyertaan penjawat awam dalam takaful

 Berita Harian
9 Mei 2019


NILAI: Kurang kesedaran mengenai kepentingan memiliki perlindungan takaful di kalangan penjawat awam, menyebabkan hanya kira-kira 300,000 atau 20 peratus daripada 1.7 juta penjawat awam di negara ini yang memiliki perlindungan itu.


Melihatkan peratusan yang masih rendah itu, MyCuepacsCare dan Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU).

Presiden GAKUM, Zulkifli Mohamad, berkata MoU itu bertujuan melaksanakan program pendidikan dan kesedaran kepada kakitangan awam mengenai kepentingan memiliki perlindungan takaful.

Katanya, ketika ini terdapat seramai 300,000 ahli GAKUM dan lebih 500,000 kakitangan awam di 20 universiti awam seluruh negara.

“Dengan adanya MoU ini kita menyasarkan untuk memastikan semua ahli GAKUM dan kakitangan awam di universiti awam mempunyai takaful,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU antara MyCuepacsCare dengan GAKUM di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Zulkifli mewakili GAKUM manakala MyCuepacsCare diwakili Pengarah Urusannya, K Palanisamy.

MyCuepacsCare dilantik Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebagai pengendali program takaful khas untuk kakitangan awam dalam mempromosikan takaful menerusi taklimat di 20 universiti awam, manakala GAKUM akan membantu mendapatkan kelulusan taklimat daripada pihak universiti.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, dengan adanya MoU itu nanti, usaha MyCuepacsCare untuk memberi penerangan kepada kakitangan awam di universiti awam menjadi lebih mudah sekali gus membuka mata mereka untuk mempunyai perlindungan itu.

“Saya juga akan membawa cadangan supaya majikan dapat membantu kakitangan mereka dari segi kebajikan dengan membantu membayarkan pelan takaful yang diambil kakitangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Palanisamy berkata, MyCuepacsCare menawarkan perlindungan takaful khas kepada kakitangan awam iaitu Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CuepacsCare dan Program Takaful Kemalangan Diri CuepacsPA dengan bayaran serendah RM85 bagi satu keluarga dengan perlindungan sehingga RM60,000 setahun.

Katanya, perlindungan takaful yang ditawarkan itu, diwujudkan sejak tahun 1999 dan setiap tiga sehingga lima tahun akan diselaraskan mengikut keperluan semasa.

“Kita sentiasa berusaha menawarkan perlindungan serendah yang mungkin bagi memastikan kakitangan awam mampu membayar caruman setiap bulan.

“Malah kita menyasarkan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus kakitangan awam di negara ini mempunyai perlindungan takaful menjelang penghujung tahun 2020,” katanya.

Katanya, kajian oleh MyCuepacsCare mendapati kesedaran kakitangan awam untuk memiliki takaful meningkat setiap tahun tetapi oleh kerana caruman bulanan yang terlalu tinggi ramai yang tidak berkemampuan.

Oleh itu katanya, dengan adanya MoU itu pihaknya yang mempunyai seramai 600 ejen diharap mampu memberikan penerangan yang jelas mengenai kepentingan untuk memiliki perlindungan takaful.

Khamis, 9 Ogos 2018

AKUM bidas pemecatan pengerusi universiti awam

 Metro
9 Ogos 2018


GABUNGAN Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) membidas tindakan Kementerian Pendidikan yang memecat pengerusi serta ahli lembaga pengarah di lima universiti awam (UA) baru-baru ini.

Presiden GAKUM, Zulkifli Moham


ad berkata, keputusan kementerian menamatkan perkhidmatan beberapa individu berkenaan adalah tidak adil dan tergesa-gesa, kerana sebahagian besar daripada mereka adalah ahli akademik yang langsung tidak terbabit dalam politik.

Katanya, tindakan tergesa-gesa itu bukan saja menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga universiti, malah menyebabkan urusan dan perjalanan harian serta kebajikan kakitangan terganggu.

“Kita bersimpati terhadap apa yang berlaku kerana mereka ini kebanyakannya adalah ahli akademik yang punyai kepakaran tersendiri serta tak terbabit dalam politik.

“Sebaliknya, mereka ini hanya dilantik oleh pihak sebelum ini. Dengan berlakunya pemecatan ini, pentadbiran universiti serta kebajikan kumpulan pelaksana terganggu.

“Kami menerima aduan daripada semua 20 UA yang risau dan tidak selesa untuk menjalankan tugas dalam keadaan sekarang.

“Sehubungan itu, kami menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melihat semula keputusan yang dibuat ini dan GAKUM berharap tindakan penamatan perkhidmatan ini dihentikan buat sementara waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas GAKUM di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, hari ini.

Turut hadir, Penasihat GAKUM yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Sebelum ini, portal berita melaporkan mengenai penamatan kontrak pengerusi lima UA , selain beberapa ahli lembaga pengarah.

Portal itu melaporkan, antara yang terbabit adalah Tun Zaki Azmi dari Universiti Malaysia Sabah, Tan Sri Sufri Mohd Zin dari Universiti Tun Hussein Onn, Datuk Dr Kamaruddin Hussin dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Tan Sri Noorul Ainur Mohd Noor dari Universiti Sains Malaysia, dan Tan Sri Anuwar Ali dari UPM.

Maszlee kemudian dilaporkan mengakui penamatan perkhidmatan itu dibuat kerana mereka adalah lantikan politik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), selain bagi memastikan proses reformasi institusi yang dibawa Pakatan Harapan (PH) tidak terganggu.

Zulkifli berkata, kementerian perlu segera menggantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang ditamatkan perkhidmatan bagi memastikan urusan universiti tidak terus terganggu, manakala keputusan mengenai pemecatan perlu dibincangkan bersama GAKUM terlebih dahulu.

Dalam pada itu, GAKUM turut memohon pertemuan pihaknya dengan Maszlee dapat diadakan segera bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit, khususnya mengenai kepentingan peranan kesatuan itu.

“Kami sudah menghantar surat kepada pihak menteri kira-kira sebulan lalu, tapi belum mendapat sebarang balasan sehingga hari ini.

“GAKUM harap pertemuan ini dibuat secepat mungkin untuk meminta penjelasan dan pandangan dalam tindakan tertentu kementerian yang menimbulkan kegelisahan dan tohamahan pihak luar,” katanya.

Sabtu, 30 Disember 2017

CUEPACS UCAP TERIMA KASIH TINDAKAN PANTAS KSN

Bernama
Tarikh kemaskini: 29/12/2017




KUCHING, 29 Dis (Bernama) -- CEUPACS hari ini melahirkan penghargaan atas keputusan pantas kerajaan membatalkan tuntutan penalti ke atas kira-kira 500 penjawat awam yang menduduki kuarters kerana dikatakan berpindah tempat kerja pada jarak luar daripada radius 25km dari kuarters.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa di Putrajaya pagi ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman, pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan juga Cuepacs.

Beliau berkata salah faham berlaku kerana status 'hilang kelayakan menduduki kuarters apabila pegawai berpindah tempat kerja luar dari radius 25km' sebenarnya hanya terpakai kepada mereka yang menggunakan kemudahan pinjaman perumahan, dan bukan untuk penghuni kuarters.

"Sehubungan itu juga, semua notis yang dikeluarkan sebelum ini bagi penjawat awam berkenaan mengosongkan kuarters mereka, kini ditarik balik, kerana mereka masih layak untuk menduduki kuarters berkenaan, katanya dalam satu persidangan media di pejabat Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) di Jalan Matang di sini petang ini.

Semalam, CEUPACS menerima aduan daripada kira-kira 500 penjawat awam mengenai masalah mereka yang dikenakan denda sehingga ada dikatakan antara RM20,000 dan RM140,000 oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri kerana berpindah atau bekerja luar dari radius 25km dari kuarters.....

Isnin, 10 Julai 2017

MAJLIS HARI RAYA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2017

GAKUM
10/7/2017



Majlis Hari Raya Kementerian Pengajian Tinggi bersama Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Idris Jusoh di Perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya telah diadakan pada 10/7/2017. Majlis tersebut disambut di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi. Seluruh IPTA terdiri dari Pengerusi Lembaga, Naib Canselor, Pendaftar , Kesatuan, Persatuan hadir. Kesatuan sekerja di bawah gabungan GAKUM yang hadir adalah UITM, UM, UKM, UPM UNIZA, UTEM, UMP,UIAM dan UUM

Jumaat, 9 Jun 2017

MAJLIS JAMUAN BERBUKA PUASA DAN SOLEH TERAWIH BERSAM YAB PERDANA MENTERI DI PUTRAJAYA

9/6/2017
gakum


Majlis berbuka Puasa dan solat terawih bersama NGOs Malaysia. GAKUM di jemput ke majlis tersebut.



Selasa, 23 Mei 2017

SAMBUTAN HARI PEKERJA GAKUM 2017 DI DEWAN MAWAR KOLEJ MAWAR UITK SHAH ALAM SELANGOR

23/5/2017


Sambutan Hari Pekerja  GAKUM 2017 telah diadakan di Dewan Mawar Kolej Mawar UiTM Shah Alam Selangor.. kehadiran hampir 300 orang terdiri dari ahli kesatuan IPTA Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh Pendaftar UITM. Turut hari Setiausaha Agung CUEPACS dan Manta Presiden CUEUPAS  dan GAKUM.
















Isnin, 26 Januari 2015

TANGGUH BENTANG PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI KABINET – CUEPACS

 GAKUM
26 Januari 2015


KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 di Kabinet ditangguhkan, ekoran hala tuju perancangan pelan itu hanya tertumpu kepada kakitangan akademik sahaja. Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda pelan itu tidak mengambil kira dan mengabaikan perancangan hala tuju melibatkan kakitangan bukan akademik terdiri daripada penjawat pentadbir serta kumpulan pelaksana satu dan dua di setiap institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

“Apakah faedah yang akan mereka (merujuk kepada kakitangan bukan akademik) peroleh di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan ini, adakah pertambahan perjawatan akan berlaku? Apakah laluan kerjaya akan berlaku? Apakah insentif yang akan diterima sekiranya lonjakan terhadap kedudukan universiti mereka berlaku?,” katanya. Beliau berkata kepada Bernama selepas mesyuarat dan Seminar Hala Tuju Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) melibatkan 93 peserta dari 20 IPTA, di sini hari ini.

Beliau menyarankan sebelum pelan itu dibentang ke Kabinet, adalah lebih baik pelan itu dibentang kepada CUEPACS dan GAKUM berikutan hala tuju pelan itu yang perlu ditambah baik. “Kami mahu tahu lebih jelas peranan pelan itu, kami tidak puas hati…, saya fikir biarlah dasar dalam pelan digariskan setelah proses kematangan berlaku, kalau belum ada proses kematangan, semua pihak masih tidak jelas, lebih baik tangguhkan dulu pembentangan kepada kerajaan,” katanya.

Pengurusan sesebuah IPT yang berjaya memerlukan kerjasama daripada semua komponen, peringkat bawahan sehingga ke peringkat atasan, kata Azih. Jelas beliau lagi, terdapat beberapa perkara yang digariskan di bawah pelan itu tidak begitu jelas maksudnya. “CUEPACS ingin menyatakan kami membantah aspirasi ekuiti dan kesatuan yang mahu meletakkan tahun 2025 agar kesatuan di bawah universiti ini dipantau dan dinilai oleh satu mekanisme lain. “Kami bantah kerana kesatuan ini bukan ditubuhkan oleh universiti tetapi ditubuhkan oleh kakitangan yang berkhidmat di bawah Akta Kesatuan Sekerja, dan adakah penjawat universiti tidak dibenarkan berkesatuan?,” katanya sambil menegaskan pelan itu perlu dibincangkan semula. — BERNAMA