Jumaat, 31 Oktober 2008

SERAGAM SKIM KAKITANGAN IPTA

Petikan dari Utusan Malaysia
Oleh ZAINI RABAN
31/10/2008



TANJUNG MALIM 31 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi diminta mewujudkan Skim Perkhidmatan Awam Kakitangan Universiti bagi menjamin kebajikan kira-kira 100,000 petugas di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman (gambar) berkata, sudah tiba masanya skim itu diwujudkan kerana buat masa ini kakitangan terbabit tidak mempunyai skim perkhidmatan yang seragam.
''Jumlah kakitangan sokongan, pentadbir dan ahli akademik di IPTA amat ramai dan mereka sepatutnya mempunyai skim perkhidmatan seragam, tambahan pula mereka kini diletakkan terus di bawah kementerian itu.
''Buat masa ini, berlaku ketidaksamaan dalam hak pekerja bagi setiap IPTA, malah kalau hendak bertukar daripada sesebuah universiti pun susah sebab akan menjejaskan jumlah cuti dan gaji mereka, jadi ini tidak adil," katanya di sini hari ini.
Daripada kira-kira 100,000 kakitangan IPTA, 45,000 daripadanya adalah kakitangan sokongan, 15,000 pegawai pentadbir dan lebih kurang 35,000 ahli akademik.
Omar yang juga Presiden Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti-Universiti Malaysia (Gakum) berkata, setiap kakitangan IPTA sepatutnya mempunyai hak untuk bertukar lokasi sama seperti yang dinikmati oleh guru-guru.
Katanya, perkara itu sangat penting kerana sebahagian kakitangan IPTA termasuk pensyarah terpaksa berkorban dan tinggal berjauhan dengan keluarga kerana tidak boleh bertukar universiti.
''Mereka terpaksa tinggal berjauhan kerana isteri yang bekerja IPTA di Johor tidak akan dapat bertukar ke IPTA di Kuala Lumpur kerana ia akan menjejaskan banyak perkara kerana skim perkhidmatan IPTA ini tidak seragam.
''Masalah kenaikan pangkat kakitangan universiti juga boleh diselesaikan jika ada terma dan syarat perkhidmatan yang seragam bagi semua IPTA," katanya.
Omar berkata, pada masa sama, pihaknya juga mahu kakitangan akademik dan sokongan di empat buah universiti penyelidikan diberi elaun khas antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.
Jelas beliau, pemberian elaun itu adalah wajar kerana beban tugas mereka di universiti terbabit iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sudah bertambah.
''Kerja-kerja penyelidikan ini amat berat dan memerlukan kerja secara berpasukan, kalau buat penyelidikan secara berseorangan ia tidak akan berjaya. Jadi sebab itulah semua kakitangan yang terlibat wajar diberi insentif khas," katanya.

SERVICE SCHEME NEEDED FOR 100,000 PUBLIC UNIVERSITY STAFF

BERNAMA
31/10/2008

TANJUNG MALIM, Oct 31 (Bernama) -- Cuepacs has urged the Higher Education Ministry to create a service scheme for public university staff to safeguard the welfare of some 100,000 academic staff, support staff and administrators.Its president Omar Osman said the scheme was necessary as university staff were laggging in aspects like staff transfer, salary and annual leave compared to public sector staff under other ministries."It is time that a scheme is created to coordinate things like facilities as some universities enjoy them while others have to refer to the Public Service Department circular. The university staff are not getting equal rights," he told reporters here Friday.Omar who is also president of the Affiliation of Malaysian University Staff Union (Gakum) said of the 100,000 public university staff, 45,000 were support staff, 10,000 administrators and over 30,000 academic staff.He said Cuepacs wanted academic and support staff in Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia and Universiti Putra Malaysia be given a special incentive of RM500-RM1,000 per month.The incentive proposed was deemed reasonable as the staff were burdened with lots of research work aimed at enhancing their quality."The research work is heavy and need team work, not individuals. As such, the entire staff involved should be given a special incentive," he added.-- BERNAMA

Khamis, 30 Oktober 2008

TAKLIMAT KAKITANGAN UPSI BERSAMA PRESIDEN CUEPACS, TUAN HAJI OMAR OSMAN,

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Taklimat Kakitangan UPSI bersama Tuan Haji Omar Osman, Presiden GAKUM merangkap Presiden CUEPACS akan diadakan pada :-

Tarikh:31 Oktober 2008
Masa:8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Auditorium Utama, UPSI

Semua kakitangan UPSI adalah dijemput hadir ke taklimat tersebut.

Rabu, 29 Oktober 2008

Majlis Perasmian Mesyuarat Gakum Ke-26 Di UPSI

30/10/2008
11.30pagi

Mesyuarat Gakum Ke-26 yang diadakan di Dewan Sri Tanjung Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim. Majlis dirasmikan oleh Dato' Rusley b. Taib Pendaftar UPSI. Majlis tersebut diiringi dengan Pengerusi GAKUM Tuan Hj. Omar Osman merangkap Presiden CUEPACS. Majlis perasmian ini berjalan lancar. Ucapan Dato' Pendaftar memaklumkan sentiasa memberi perhubungan yang baik dan mengutamakan kakitangan dalaman diberi utama kenaikan pangkat. Selepas merasmikan mesyuarat GAKUM ke-26 Dato' Pendaftar melancarkan Blog GAKUM.