Selasa, 12 Februari 2008

PEMIMPIN GAKUM BERKAMPUNG DI UTeM

Seramai 68 pemimping kesatuan daripada 16 Universiti menghadiri Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden & Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti / IPTA Malaysia (GAKUM) di Dewan UTeM 1, Kampus Industri Teknikal Malaysia Melaka dari 11 hingga 13 Februari 2008.

Mesyuarat kali ke 25 yang dihadiri 68 pemimpin kesatuan masing-masing 16 Presiden dan Setiausaha serta 32 orang pemerhati ini dirasmikan oleh Naib Canselor UTeM Datuk Prof. Ir. Ismail Hassan.

Presiden GAKUM Haji Omar Osman berkata, kehadiran Naib Canselor ke Majlis ini memberi suntikan dan semangat kepada ahli mesyuarat yang hadir.

ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN DI MESYUARAT GAKUM KE 25

* Peperiksaan PTK di tukar kepada kursus

* Gred 1-16 tidak perlu menduduki peperiksaan dan Penilaian hendaklah dibuat oleh Penilai yang
lebih tinggi dari gred yang sama.

* Pekeliling sudah dikeluarkan dan status OMPD telah diberi peluang KPLS kepada Pegawai
Khidmat Pelanggan N17

* 6 orang Pembantu Perawatan Kesihatan telah dinaikan pangkat (KKAUSM)

* MBJ telah meluluskan elaun Pemandu Bas dan menunggu untuk pengesahan dari Pihak
Pengurusan (KEKAUMAS)

* Pihak Pengurusan bersetuju untuk memberi elaun kewangan bagi S17 - Pembantu Perpustakaan
(KKAUTM)

* Kesatuan memohon kepada pihak Pengurusan Universiti untuk memberikan elaun telefon bimbit
kepada Pemandu (UTHM)

* Pengurusan Universiti telah bersetuju memberi kelayakan RM300.00 sekeluarga setahun bagi
rawatan pergigian (KEKUTeM)

Jumaat, 8 Februari 2008

UTeM TUAN RUMAH MESYUARAT GAKUM

Petikan Utusan Malaysia
12/2/2008

MELAKA 11 Feb. - Kesatuan Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (KEKUTeM) Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) akan menganjurkan Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM).
Mesyuarat kali ke-26 itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Kampus Industri Ayer Keroh di sini dan akan dirasmikan oleh Naib Canselor UTeM, Datuk Profesor Ir. Ismail Hassan.
Menurut Presiden KEKUTeM, Abdul Jamal Nasir, seramai 100 orang wakil-wakil kesatuan dari seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara akan hadir pada mesyuarat selama tiga hari itu.
''UTeM telah dipilih menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini yang mana ia akan dianjurkan secara bergilir oleh setiap IPTA.
''Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman juga akan hadir pada Rabu ini untuk memberi taklimat tentang isu-isu semasa dalam mesyuarat ini," katanya dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Abdul Jamal, Omar yang juga merupakan Presiden GAKUM akan mengadakan dialog bersama staf UTeM pada hari dan tempat yang sama.
''Delegasi mesyuarat seterusnya akan dibawa ke kampus induk UTeM di Durian Tunggal, Melaka dan akan ke Restoran Ikan Bakar Umbai untuk menikmati makan malam di sana," tambahnya.